Kertas Kerja Penubuhan Institut Hassan Al Bana

>> Saturday, April 4, 2009

1.0) PENDAHULUAN :


Menyedari hakikat bahawa kepimpinan Mahasiswa perlu diasah dan dipertajamkan, maka penubuhan sebuah Institut yang dinamakan sebagai Institut Hassan Al Banna adalah bertepatan dengan misi UKM untuk melahirkan warga kampus yang cemerlang dari sudut syaksiah, kepimpinan dan pelajaran. Justeru itu penubuhan Institut ini adalah bertepatan dengan usaha tepat dalam melahirkan generasi yang dipanggil sebagai generasi terpimpin.

2.0) OBJEKTIF :


1) Melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan dan berkepimpinan

2) Meningkatkan kualiti & kredibiliti mahasiswa/i



3.0) TEMA



“Bersama ISIUKM , Memimpin Mahasiswa”


4.0) KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN :


3.1) FASA 1 :Institut Hassan Al-Banna


* KEFAHAMAN


BIL

KURSUS

1.

Kemahiran komunikasi (communication skills)

2.

Pengucapan Awam (Public Speaking )

3.

Penyesuaian Emosi & Spiritual (EQ & SQ )

4.

Penyelesaian masalah & membuat keputusan

5.

Penampilan diri & imej kendiri

6.

Kemahiran organisasi & pengurusan strategik

7.

Pengurusan masa

8.

Team work

9.

Pengurusan dan pengendalian mesyuarat

10

Teknik Penulisan kertas kerja

11.

Bengkel Motivasi


* ISU-ISU SEMASA


BIL

KURSUS

1.

Mahasiswa

2.

Dalam negara

3.

Luar negara

* AKTIVITI SAMPINGAN


BIL

KURSUS

1.

Usrah

2.

Khatibah / Ummah Talk

5.0) PENUTUP


Dengan tertubuhnya institut ini, harapan saya agar dapat membantu ISIUKM dalam melahirkan kader-kader Islam secara tidak langsung yang menghadami kemahiran-kemahiran generik yang telah disusun secara rapi, moga-moga usaha yang tidak setimpal ini memberi kesan dalam jangka masa pendek mahupun panjang untuk melahirkan lebih ramai lagi pemimpin yang mencontohi keperibadian dan keterampilan sehebat Hassan Al-Banna walaupun tidak keseluruhannya, bahkan sebahagian sahaja sudah mampu untuk kita harapkan. Institut ini sebahagian dari wadah untuk memancarkan keindahan Islam secara lebih jitu pada masa akan datang khususnya di perbukitan Bangi ini.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP